Read more: cara-cara nak buat gambar bila diklik menjadi zoom ~ Aerol Hafiezi http://aerol-rianbow.blogspot.com/2011/05/cara-cara-nak-buat-gambar-bila-diklik.html#ixzz1QDSrCi61

Thursday, May 31, 2012

My Sayang Tok

0 comments

Comel kan tok... ni gambar tok beberapa tahun lepas.
Masih gagah perkasa...
gambar ni saya jumpe kat internet by google search dengan keyword 'Ibu'
saya perasan pon sebab gambar ni pernah jumpe sebagai cover CD, blog, FB, dan terbaru iklan untuk hari ibu kat TV3.

sebenarnya rase sebak sikit dengar cerita yang tok asik sebut-sebut nama saya aje...
kakngah itu kakngah ini.
kakngah mana.
kakngah anak siapa.
rindu ngah ye tok?

last week birthday saya tok datang.. tapi langsung tak duduk sebelah dia.
konon-konon sebuk buat kek.
agaknye lah sebab sebelum datang tu ada orang bagitau tok hari ni birthday kakngah, so lepas balik tu asik sebut nama 'kakngah' je la...

hurm.... sayangg sangat dekat tok! semoga Allah sentiasa merahmati tok. amin.

Monday, May 28, 2012

PTD exam 12 Mei 2012

0 comments

Salam... pada pagi yang indah ini saya nak share pengalaman memduduki 'Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41' yang saya hadiri pada 12 Mei 2012 lepas.

Exam PTD pada kali ini mempunyai 5 bahagian, atau biase budak sekolah/U sebut 'kertas/paper'.

Ok! untuk paper yang pertama adalah PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING, seksyen A, bermula dari pukul 9 pg - 9.45 pg, 45 minit la kan. Ada 60 soalan objektif.
ingat ye... tempoh: 45 minit
jumlah soalan: 60 soalam objektif

Dalam semua 5 paper, paper ni pada saya paling mencabar. lepas habis paper ni ada jugak rase nak balik. takde harapan dah! hahahahha
Saya cadangkan pada sesiapa yang nak ambil exam PTD ni sila lah rajin-rajin baca buku Malaysia Kita.
Saya tak baca, sebab seminggu sebelum tarikh exam baru dapat surat panggilan... huhuhuhu memang tak sempat. Yang keduanya, rajin-rajin baca segala suratkhabar.. banyak sangat isi semasa terutamanya isu antarabangsa. alah tak boleh  nak recall pulak contoh soalan yang keluar hari tu.
Yang ketiga, sila ambil tahu hal-hal masyarakat peribumi terutama Sabah & Sarawak. Salah satu soalan yang tak boleh blah ialah pasal alat muzik orang Sarawak. memang patik tak tau.
Yang keempat, sila ambil tahu segala tarikh-tarikh penting untuk segala perjanjian-perjanjian yang berkaitan negara, contoh: tarikh kemerdekaan negara indonesia.
Yang kelima, semua pasal sukan, sukan olimpik, sukan komenwel, errr sukan apa lagi, sukan sea.. semua la. di mana? bila? semua ok! siapa yang suke tau pasal suakn memang bonus. macam saya memang tak ambil tahu kan.. haa padan muke!
Dalam buku Malaysia Kita banyak dikupaskan pasal Pentadbiran Negara. memang baguslah siapa yang baca betul-betul buku tersebut.
walaupon susah sangat tapi saye keluar awal! hahahahah kate tak de harapan..... tak tau nak semak ape dah, habis je terus keluar. hurmmm!

9.45 pg - 10.15 pg rehat, 30 minit je ok! sila la ke toilet.. paper kedua ni memang tak sempat nak keluar awal.. siap rase tak cukup masa!

Bahagian kedua adalah DAYA MENYELESAIKAN MASALAH, seksyen B, bermula pada pukul 10.15 pg - 11 pg. 45 minit jugak, dan 40 soalan objektif.
ulang suara: 45 minit 40 soalan objektif.
terbahagi kepada, satu, Penyelesaian Masalah, contoh soalan: Abu lebih tua dari Ali tetapi lebih muda dari Ahmad, Ah Meng lebih muda Ah Seng. Ah Seng tua dari Ahmad. Siapa yang paling tua dan paling muda.
senang je kan soalan tadi.. alah contoh senang la, hikhikhik yang pasti soalan sebenar lagi berbelit.
part dua, interpretasi data, ada jadual cukai dan 2 atau 3 soalan seterusnya berkaitan jadual tersebut. nak contoh best sila ke Tips PTD!. dia ada jual e-book.
Part tiga, soalan matematik, soalan standard sekolah menengah. boleh la nak kate senang. tapi kene semak sikit la apa dia 'median' 'min' dan sebagainya itu.
Part empat, pemerhatian dan logik. macam iq test.

nanti sambung lagi la. penat type!

Tuesday, March 20, 2012

Adeela 7 Months Old

0 comments
My sweet darling, adeela was 7 months old yesterday.
Alhamdulillah, she still with us..
Thank you Allah!!


Sunday, March 18, 2012

Lagu Kegemaran Aleesya

1 comments
aleesya, kalau mama suruh nyanyi...
mesti lagu ni dia nyanyi.
dia tengah main ke, pon nyanyi lagu ni.

lagu kesukaan dia lah tu...

burung kakak tua
hinggap di jendela (jembela)
nenek sudah tua
giginya tinggal dua

letchum letchum letchum hu la la
letchum letchum letchum hu la la
letchum letchum letchum hu la la
burung kakak tua

kenapa lah sayang mama sorang ni suke sangat lagu 'Burung Kakak Tua'??

sebab ada perkataan KAKAK!
huaaaahahahahha
adeh. dia kan seorang kakak.
dan buat masa ni kakak pada Adeela.

hurm. jadi kakak yang baik ye sayang.

burung kakak tua adalah burung. tak tau la kenapa nama nye macam tu.

ehsan google


Wednesday, November 9, 2011

Two Years Old Aleesya

0 comments

Aleesya di usia 2 tahun.



Semoga sentiasa di Lindungi Allah.
Semoga hidupmu sentiasa berbahagia dalam Iman.
Semoga membesar dan terus membahagiakan Mama Abah dan keluarga.
Semoga menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik.

Mama sayang Aleesya ~ sayang tak terperi . .

Progress Aleesya
  1. dah pandai bercakap walaupon felat, hihihi
  2. sedang belajar buat ayat yang penuh.
  3. selalu repeat semua apa yang orang cakap
  4. sayang adik beserta sedikit jeles kan kan
  5. sedang belajar melompat
  6. suke nak berkawan, alaahai teringat mase baby sangat tak mesra, orang pegang je nangis.
  7. banyak lagi...
sekian.

Tuesday, November 1, 2011

Rumah Baru

0 comments

Alhamdulillah... dah seminggu Mama, Aleesya, dan Adeela di penang.. yaaah di rumah baru.

Rumah yang Abah tercintee pindah sorang-sorang 1 ramadhan lepas.. hehehe sian kan Abah, tapi Abah memang super hero yang hebat. kate Abah 'Mama tinggal cuci kaki je masuk rumah' dan memang pon... semua Abah dah siap kemas... bertambah la Mama sayang Abah..

kan Mama dah kate kat Aleesya, Abah memang best!!

.......................................

Seminggu ni memang hujang selalu kat Bandar Perda ni, Adeela pulak sakan tidor.. bangun nak menyusu aje.. bangun mesti senyum-senyum kalau Mama depan mata.. alahai comelnye anak Mama ni. Qada' tido ye sayang, kat KL orang asik kaco Adeela tido ye.. tu lah baby memang orang geram je tengok.. sebab tu orang terrrkacau, hehe...

.........................................

Seronok kan duduk kat Penang ni.....

OK MAMA! Sile sungguh-sungguh cari kerja!!

baik~ (sambil angguk-angguk)

Friday, September 23, 2011

Episode Pantang?

0 comments

selepas melahirkan si comel Adeela, mama berpantang tapi... macam tak pantang je..

hehehe ~ pantang style London ~

takpe, nanti lepas bersalin anak no 3, mama pantang elok-elok.

Huahuahua Adeela baru sebulan, mama dah berangan nak beranak lagi.

Mama nak anak ramai kalau diizinkan Allah.. amin

Cahaya Hati ke Dua

0 comments

alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi

~ mama telah melahirkan

Nuur Adeela Ilyani

pada 19 Ramadhan 1432h bersamaan 19 Ogos 2011

mama sayang aleesya, adeela, & abah.


Saturday, June 25, 2011

. 31 weeks .

0 comments
ohhhhohohoho tibe-tibe je dah 31 weeks pregnant.

macam tak percaye je...

pregnant kali ni mama lebih bertenaga, kuat, dan gagah.
mungkin masa pregnant aleesya dulu mama lebih ngade-ngade kot.
incik suami suke manje kan ai tau dolu-dolu, skang manjekan jugak tapi ai dah matang!

_________________________________________________

dear our second junior.

mama sayang awak.
sayang sangat-sangat jugak.
sama sayang dengan kakak aleesya.
sama paras je. semua mama sayang.
kalau mama ada 9 anak pon semua-semua mama sayang.
bila tau awak ada dalam perut mama.. mama senyum sorang-sorang sebab mama suke sangat.
sayang mama tak bertepi... sekarang mama sayang tiga-tiga termasuk abah jugak.

i love u in the morning and in the afternoon
i love u in the evening and underneath the moon

muuuuahh!

Thursday, June 23, 2011

kecil hati

0 comments
huh. kecik ati nye.
bile mengaku kecik hati otomatik rase sebak sendiri.
cis!
no. no. no. big girl don't cry.
go away hati yang kecil.